Wednesday, March 7, 2007

SOAL JAWAB AGAMA



Menipu ketika peperiksaan


SAYA kakitangan kerajaan dan sudah berkeluarga. Sebelum disahkan jawatan, saya perlu menduduki ujian.
Walaupun kawalan dalam bilik ujian itu ketat, saya dapat bertanya tiga soalan (daripada 40 soalan) kepada rakan sebelah yang turut mengambil ujian berkenaan. Mungkin dengan bantuannya itu saya lulus.

Persoalannya, adakah saya dikira menipu dalam ujian? Adakah wang gaji yang saya terima itu haram? Baru-baru ini saya menduduki satu lagi ujian kenaikan pangkat. Kali ini kawalan sangat longgar dan pemeriksa membenarkan kami berbincang, tetapi tidak boleh membuka buku.

Hasilnya, sekali lagi saya lulus. Saya mula sangsi adakah wang gaji saya benar-benar halal, terutama selepas dua peristiwa berkenaan.

Adakah saya perlu berhenti kerja? Jika wang berkenaan haram, adakah ia akan mempengaruhi kehidupan kami sekeluarga?

ABDULLAH
Johor

JAWAPAN

Tiada kaitan soalan peperiksaan dengan halal atau haram wang gaji saudara. Jika saudara menipu ketika peperiksaan dijalankan, hukumnya ialah berdosa. Jangan sampai terfitnah dengan agama sendiri jika saudara berhenti kerja dan terabai anak isteri.

Teruskan pekerjaan dengan penuh amanah dan berdedikasi. Memang niat saudara untuk menjalankan perintah agama sesuatu yang sangat baik, tetapi jangan sampai teruja dan terfitnah dengan agama sendiri.

Jika sudah melakukan kesalahan pada masa lampau, baikilah pada masa sekarang dengan memperbanyakkan sedekah dan amalan kebajikan. Dalam satu hadis, Rasulullah saw pernah bersabda ‘ikutilah amalan kejahatan dengan amalan kebajikan, nescaya yang jahat akan terhapus dengan amalan kebaikan’.

No comments: