Panjat pokok cara moden
Oleh Ilham Nusa
MINAT mendalam yang digabungkan dengan kebolehan serta keyakinan diri menjadikan Mohd Amidun Abdul Taib, 40, seorang pemanjat pokok menggunakan teknik moden yang berpengalaman.
Berbekalkan tali dan beberapa kelengkapan lain, tugas memanjat pokok sama ada untuk tujuan pemangkasan termasuk mengambil biji benih atau contoh daun dilakukannya tanpa sebarang masalah.
“Bukan semua orang boleh memanjat pokok yang ketinggiannya mencecah puluhan meter menggunakan tali. Risikonya tinggi dan macam-macam boleh berlaku sama ada terjatuh dan disengat tebuan atau penyengat,” katanya.
Amidun yang juga kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang memiliki pengalaman 11 tahun dalam bidang berkenaan. Tugasnya mengambil biji benih atau pucuk daun untuk tujuan kajian dan semaian.
Menurutnya, selain mengikuti kursus latihan di dalam negara, Amidun pernah menjalani kursus asas memanjat di Jerman pada 1999 di bawah kendalian juara lima kali sukan memanjat pokok dunia, Bernd Strasser.
Cara memanjat yang dipraktikkan itu lebih kepada teknik moden. Ia bukan saja lebih selamat tetapi tidak memenatkan berbanding kaedah memanjat tanpa sebarang peralatan.
“Selain minat, semangat dan keyakinan, kecergasan adalah antara faktor penting bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang ini.
“Selain itu, penggunaan peralatan berkualiti juga dapat menjamin keselamatan pemanjat. Risiko kemalangan agak tinggi jika menggunakan peralatan tidak bermutu,” katanya.
Peralatan seperti tali memanjat berharga di antara RM3,000 hingga RM5,000. Tempoh masa memanjat juga memainkan peranan penting dalam usaha memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
“Biasanya pemanjat hanya boleh melakukan kerja di atas pokok untuk tempoh enam jam saja. Selepas itu mereka perlu turun dan berehat sebelum menyambung tugas keesokannya.
“Selain itu sebelum memulakan tugas memanjat kita perlu memastikan tidak terdapat sarang tebuan atau penyengat,” katanya.
Amidun sendiri pernah mengalami pengalaman mendebarkan seperti nyaris terjatuh pada ketinggian 30 meter.
Menurutnya, untuk menambah jumlah pemanjat pokok di kalangan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, setiap tahun Amidun menjadi tenaga pengajar kursus memanjat.
“Saya ingin melihat lebih ramai kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang boleh memanjat menggunakan teknik moden dengan tali dan kasut berpaku.
“Aktiviti itu juga boleh menjadi acara sukan lasak seperti di luar negara,” katanya yang bercita-cita menganjurkan pertandingan memanjat
Wednesday, March 7, 2007
PAK MAN PAKAR BUBU
Pak Man pakar bubu
Oleh Sabaruddin Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my
DALAM meniti usia tua, Othman Ismail tetap dengan rutin hariannya menahan bubu yang dijadikan punca pencarian bagi menyara hidupnya.Sinonim dengan panggilan Pak Man Bubu, warga emas berusia 76 tahun ini yang menetap di Kampung Kuala Tembak dekat Kuala Ketil, Kedah juga mahir membuat peralatan menangkap ikan itu.
Setiap hari dengan dibantu menantu dan cucunya, Othman mengharungi Sungai Tembak untuk menahan bubu. Peralatan menangkap ikan itu ditahan di dua tempat, satu berhampiran rumahnya manakala satu lagi di muara sungai terbabit kira-kira 200 meter ke hilir.
Seawal jam 6.30 pagi, dia sudah di lokasi untuk mengangkat bubu dan hasil tangkapannya di jual kepada peraih di Pasar Kuala Ketil. Setiap hari, dia memperoleh kira-kira RM40.
Pasaran bergantung kepada jenis ikan. Bagi baung dan sebarau, ia dijual dengan harga RM20 sekilogram manakala jenis lain seperti lampam, haruan, keli, pucuk pisang, kaloi dan puyu RM5 sekilogram.
“Tangkapan bergantung kepada keadaan air. Jika air sungai melimpah disebabkan hujan, hasil tangkapan lebih lumayan dan pendapatan mampu mencecah RM300 sehari tapi tidak selalu.
“Syukur dengan pendapatan kerja sebagai nelayan sungai ini dapatlah saya menampung saraan hidup seorang diri. Anak-anak sudah berkeluarga manakala isteri sudah meninggal dunia.
“Sejak berusia belasan tahun saya sudah mengenali sungai dan boleh membuat bubu yang dipelajari daripada arwah bapa,” kata bapa kepada empat anak ini.
Menariknya, dalam usia sebegini, warga tua ini boleh berendam dalam sungai tanpa memakai baju selain boleh mengangkat bubu sepemeluk orang dewasa.
Othman berkata, proses membuat bubu agak rumit dan memerlukan penelitian. Malah, untuk mendapatkan buluh juga memerlukan kemahiran memilih yang terbaik selain perlu mengenali jenis rotan dan akar yang sesuai.
Bagi sesiapa yang ingin membeli alat menangkap ikan itu, Othman sedia menerima tempahan yang setiap satu dijual mengikut saiz. Peralatan yang besar dijual dengan harga RM500 manakala sederhana besar RM300 sebuah.
Dengan kemahiran dimilikinya, dia mampu menyiapkan dua bubu dalam satu-satu masa. Bagaimanapun, tempahan perlu dibuat lebih awal
SOAL JAWAB AGAMA
Menipu ketika peperiksaan
SAYA kakitangan kerajaan dan sudah berkeluarga. Sebelum disahkan jawatan, saya perlu menduduki ujian.
Walaupun kawalan dalam bilik ujian itu ketat, saya dapat bertanya tiga soalan (daripada 40 soalan) kepada rakan sebelah yang turut mengambil ujian berkenaan. Mungkin dengan bantuannya itu saya lulus.
Persoalannya, adakah saya dikira menipu dalam ujian? Adakah wang gaji yang saya terima itu haram? Baru-baru ini saya menduduki satu lagi ujian kenaikan pangkat. Kali ini kawalan sangat longgar dan pemeriksa membenarkan kami berbincang, tetapi tidak boleh membuka buku.
Hasilnya, sekali lagi saya lulus. Saya mula sangsi adakah wang gaji saya benar-benar halal, terutama selepas dua peristiwa berkenaan.
Adakah saya perlu berhenti kerja? Jika wang berkenaan haram, adakah ia akan mempengaruhi kehidupan kami sekeluarga?
ABDULLAH
Johor
JAWAPAN
Tiada kaitan soalan peperiksaan dengan halal atau haram wang gaji saudara. Jika saudara menipu ketika peperiksaan dijalankan, hukumnya ialah berdosa. Jangan sampai terfitnah dengan agama sendiri jika saudara berhenti kerja dan terabai anak isteri.
Teruskan pekerjaan dengan penuh amanah dan berdedikasi. Memang niat saudara untuk menjalankan perintah agama sesuatu yang sangat baik, tetapi jangan sampai teruja dan terfitnah dengan agama sendiri.
Jika sudah melakukan kesalahan pada masa lampau, baikilah pada masa sekarang dengan memperbanyakkan sedekah dan amalan kebajikan. Dalam satu hadis, Rasulullah saw pernah bersabda ‘ikutilah amalan kejahatan dengan amalan kebajikan, nescaya yang jahat akan terhapus dengan amalan kebaikan’.
jaga kesihatan
Ujian rutin semasa hamilTAHNIAH! Puan disahkan hamil dua bulan. Bagi yang pertama kali hamil pastinya teruja dengan pengalaman ini. Bagaimanapun, kehamilan juga bermakna masa-masa yang penuh harapan dan jangkaan yang serba tidak ketentuan. Memang sukar untuk berasa tidak bimbang dalam keadaan sekarang.
Diabetes menjejaskan kesihatan seksualSOALAN: Saya berusia lewat 40-an dan menghidap diabetes sejak 10 tahun yang lalu. Namun sejak kebelakangan ini, saya merasakan hubungan intim dengan isteri tidak lagi sehangat dulu.
Lutut tidak boleh dibengkokkan sepenuhnyaDOKTOR, SAYA pernah mengalami satu kemalangan jalan raya pada tahun 1985. Akibatnya, lutut kanan saya tidak boleh dibengkokkan sepenuhnya. Adakah kaedah rawatan atau pembedahan yang boleh memperbetulkan masalah seumpama ini?
Diabetes menjejaskan kesihatan seksualSOALAN: Saya berusia lewat 40-an dan menghidap diabetes sejak 10 tahun yang lalu. Namun sejak kebelakangan ini, saya merasakan hubungan intim dengan isteri tidak lagi sehangat dulu.
Lutut tidak boleh dibengkokkan sepenuhnyaDOKTOR, SAYA pernah mengalami satu kemalangan jalan raya pada tahun 1985. Akibatnya, lutut kanan saya tidak boleh dibengkokkan sepenuhnya. Adakah kaedah rawatan atau pembedahan yang boleh memperbetulkan masalah seumpama ini?
keluarga saya dan jadual game
syahirah anak sulung
wani no 2
syasya 3
fathi 4
sofia 5
Azmani Kadir 32nd
2/6/2007
3
SUKSES FC 0
PKNS 4Wan Mohd Alif Jasni 15th, 90th, Mohizam Shah Dawood 80th, Mohd Alafi Mahmud 87th
2/6/2007
4
MELAKA TELEKOM FC 2Rudie Ramli 55th, Chaswe Nsofwa 75th
SARAWAK 0
2/6/2007
5
KL MAJU UNITED 0
ATM 1Rostizam Othman 101st
2/6/2007
6
SABAH 2Charles Obi 5th, Azrul Ezati 67th
MELAKA 1Eduardo Escobar 90th
2/6/2007
7
NEGERI SEMBILAN NAZA 0 (6)
PDRM 0 (5)
3/6/2007
8
KUALA MUDA NAZA 1
SINGAPORE U23 0
2/6/2007
wani no 2
syasya 3
fathi 4
sofia 5
Azmani Kadir 32nd
2/6/2007
3
SUKSES FC 0
PKNS 4Wan Mohd Alif Jasni 15th, 90th, Mohizam Shah Dawood 80th, Mohd Alafi Mahmud 87th
2/6/2007
4
MELAKA TELEKOM FC 2Rudie Ramli 55th, Chaswe Nsofwa 75th
SARAWAK 0
2/6/2007
5
KL MAJU UNITED 0
ATM 1Rostizam Othman 101st
2/6/2007
6
SABAH 2Charles Obi 5th, Azrul Ezati 67th
MELAKA 1Eduardo Escobar 90th
2/6/2007
7
NEGERI SEMBILAN NAZA 0 (6)
PDRM 0 (5)
3/6/2007
8
KUALA MUDA NAZA 1
SINGAPORE U23 0
2/6/2007
Subscribe to:
Posts (Atom)